1. Daya tahan kardiovaskular merupakan salah satu komponen kecergasan fizikal. Daya tahan kardiovaskular bermaksud keupayaan jantung, salur darah dan sistem pernafasan membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan semasa melakukan aktiviti fizikal berintensiti rendah atau sederhana.
2. Daya tahan kardiovaskular berkaitan dengan keupayaan jantung dan sistem peredaran darah berfungsi dengan baik.
3. Keupayaan jantung dan paru-paru yang efisien diperlukan semasa melakukan aktiviti harian yang berat. keadaan ini membolehkan oksigen dibekalkan ke otot-otot untuk mengelakkan keletihan dan kelesuan.
4. Apabila daya tahan kardiovaskular meningkat, kadar nadi rehat akan menurun. Ini menjadikan jantung lebih sihat.