Hi sume.. arie nie saya nk beri sebuah karangan kepada kengkawan... Jom saksikan bersama....
Tajuk:Petang itu aku tidak ke mana-mana. aku duduk membaca buku. Kebetulan ayah dan ibuku tiada di rumah. Entah dari mana datangnya aku terdengar suatu bunyi yang sangat kuat. Aku segera...........
Aku segera menjenguk melalui tingkap. Aku lihat asap berkepul-kepul naik ke udara. Orang ramai mula berkejaran ke tempat kejadian itu. Aku pun segera keluar dari rumah untuk menuju ke tempat kejadian. Apabila aku sampai ke tempat kejadian, orang begitu ramai sekali. Api menjulang-julang ke udara. Rupa-rupanya rumah kawan aku yang bernama Ali sudah terbakar. Ramai orang sedang memberi bantuan memadamkan kebakaran itu. Aku segera terfikir untuk menelefon pihak bomba. Lantas aku segera ke pondok telefon untuk menghubungi pihak bomba. Setelah itu aku kembali ke tempat kejadian untuk membantu kawanku. Tidak berapa lama kemudian pihak bomba pun tiba. Mereka bertungkus-lumus untuk memadamkan api. Akhirnya api pun dapat dipadamkan. Aku lihat Ali sedang menangis kesedihan. Aku menghampiri Ali dan cuba memujuknya. Ali memberitahu bahawa tong gasnya telah meletup dan ini menyebabkan rumahnya terbakar. Orang ramai pun mula bersurai. Setelah semuanya berakhir, aku pun pulang ke rumah. Apabila tiba di rumah, ayah dan ibuku menunggu kepulanganku. Aku pun menceritakan kepada ayah dan ibu apa yang telah berlaku. Mereka sangat gembira dengan sikap aku yang suka membantu orang yang berada dalam kesusahan.
Okey dah baca....? Nanti saya akan hantar jenis karangan lain pulak....