Haziq nak share pengalaman Haziq di Ostrich Farm. Ostrich Farm ni terletak di Port Dickson. Untuk masuk kita dikenakan bayaran RM4 untuk kanak-kanak. Dewasa pula RM8.
Mula-mula Haziq tengok pertunjukkan monyet. Sempatlah Haziq bergambar dengan monyet tu . Sebenarnya Haziq takut juga masa monyet tu tiba-tiba rapat kat Haziq.
Lepas itu, Haziq pergi menunggang ostich atau burung unta. Haziq diberi sijil menandakan keberanian Haziq menunggang ostrich. Kemudian Haziq bagi burung-burung unta makan jagung.
Paling best sekali, Haziq diberi peluang memegang seekor anak buaya. Sejuk je rasa kulit dia. Walaupun mulut ia telah diikat, tapi takut juga kena libas dek ekornya.
Kemudian ambil gambar dengan kuda, tengok buaya dan ronda-ronda di kedai cenderamata. Lepas rehat sekejap sambil makan aiskrim, Haziq pergi ke kandang kambing. Pertama kali Haziq dapat bagi makan kambing.
Gambar
Haziq dengan monyet
Haziq dengan ostrich.
Haziq tengah menunggang osrich.
Haziq pegang buaya.
Ini sedikit info: Burung Unta merupakan burung terbesar yang masih hidup. Dengan ketinggian sehingga 2.5 meter (8 kaki), ia cukup besar untuk seseorang dewasa berbadan kecil menunggang mereka dan telah digunakan disesebahagian Afrika Utara dan Arab sebagai tunggangan lumba. Burung ini tidak boleh terbang dan termasuk dalam kumpulan primitif yang kurang dikenali, iaitu ratit(Palaeognaths). Nama sainsnya Struthio camelus.