Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Lawatan ke "Ostrich Farm".


Senior Member

Status: Offline
Posts: 101
Date: May 4, 2007
Lawatan ke "Ostrich Farm".
Permalink   


Haziq nak share pengalaman Haziq di Ostrich Farm. Ostrich Farm ni terletak di Port Dickson. Untuk masuk kita dikenakan bayaran RM4 untuk kanak-kanak.
Dewasa pula RM8.


Mula-mula Haziq tengok pertunjukkan monyet. Sempatlah Haziq bergambar dengan monyet tu cool.gif. Sebenarnya Haziq takut juga masa monyet tu tiba-tiba rapat kat Haziq. 


Lepas itu, Haziq pergi menunggang ostich atau burung unta. Haziq diberi sijil
menandakan keberanian Haziq menunggang ostrich. Kemudian Haziq bagi
burung-burung unta makan jagung.


Paling best sekali, Haziq diberi peluang memegang seekor anak buaya. Sejuk je rasa kulit dia. Walaupun mulut ia telah diikat, tapi takut juga kena libas dek ekornya.


Kemudian ambil gambar dengan kuda, tengok buaya dan ronda-ronda di kedai cenderamata. Lepas rehat sekejap sambil makan aiskrim, Haziq pergi ke kandang kambing. Pertama kali Haziq dapat bagi makan kambing.biggrin.gif

Gambar below.gif



Haziq dengan monyet biggrin.gif



Haziq dengan ostrich. horns.gif



Haziq tengah menunggang osrich.thumbsup.gif



Haziq pegang buaya. headbang.gif

Ini sedikit info:
Burung Unta merupakan burung terbesar yang masih hidup. Dengan ketinggian sehingga 2.5 meter (8 kaki), ia cukup besar untuk seseorang dewasa berbadan kecil menunggang mereka dan telah digunakan disesebahagian Afrika Utara dan Arab sebagai tunggangan lumba. Burung ini tidak boleh terbang dan termasuk dalam kumpulan primitif yang kurang dikenali, iaitu ratit (Palaeognaths). Nama sainsnya Struthio camelus.

Burung Unta berasal dari savana dan separa-gurun Afrika di utara dan selatan zon hutan khatulistiwa. Spesies yang terdapat di Timur Tengah, yakni S. c. syriacus, telah pun pupus.

Nama:Haziq Haiqal bin Mohd Norsham biggrin.gif
Tahun:4A



__________________

This is the life.

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard