Rumah Api Tanjung Tuan/Cape Rachado adalah rumah api yang tertua di Malaysia dan masih beroperasi hingga kini. Rumah api ini dibina pada tahun 1819. Gambar di atas adalah gambar Haziq di depan Rumah Api Tanjung Tuan. Di sebabkan ketiadaan penunjuk jalan haziq naik ke Rumah Api dengan mengikuti jalan tar dan tidak mengikuti track jungle tracking. Jarak untuk sampai lebih kurang 800 meter tapi sebab mendaki rasa letihlah
Pintu masuk untuk naik terletak di depan Ilham Resort. Untuk naik ke atas mengambil masa lebih kurang 30 minit.
Haziq dan kakak bergambar di depan peta Tanjung Tuan. Akhirnya sampai ke atas selepas berjaya meninggalkan nyamuk-nyamuk yang banyak
selepas menikmati keindahan pemandangan Selat Melaka dari Kawasan rumah api haziq meneruskan perjalanan melalui track jungle tracking turun ke pantai Pulau Intan. Pulau Intan sebenarnya brsambung dengan Tanjung Tuan. Ia hanya menjadi Pulau bila air pasang.
perjalanan kali ini sangat mencabar. Walaupun denai telah di rintis tetapi kami terpaksa melalui cenuram. takutttttt. Kalau jatuh tak taulah. kali ini nyamuk lagi banyakkkkkk.
Akhirnya setelah berpenat lelah sampai jugak ke pantai yang sangat cantik.
pertama kali haziq tengok buah ni
sejukkan kaki selepas perjalanan yang memenatkan
bahagian mengunjur tu lah Pulau Intan
kalau perjalanan turun kami curam begitu jugak untuk naik. kami mendaki cenuram lebih kurang ketinggian 400 meter. penatnya. sampai di atas kami rehat sebentar di rumah api dan seterusnya meneruskan perjalanan turun ke hotel tempat menginap.best gilerrrrrr jungle tracking