Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Tips Kekalkan Kehangatan Rumahtangga


PIBG

Status: Offline
Posts: 3
Date: Feb 3, 2012
Tips Kekalkan Kehangatan Rumahtangga
Permalink   


Banyak pasangan suami isteri yang sering mengeluh kerana hubungan seksual dengan pasangan masing-masing mulai tawar dan hambar. Mereka tidak lagi menikmati harmonis.

 

Keluhan seperti saya tidak puas atau suami semakin dingin kerap terpacul daripada mulut wanita apabila menghadapi situasi ini. Perhubungan seksual sekadar memenuhi kewajipan.

 

Kebanyakan pasangan yang menghadapi keadaan itu mampu melakukan hubungan seks seperti biasa dan tidak mengalami gangguan fungsi seksual. Tetapi, perhubungan itu tidak lagi seperti yang mereka harapkan.

 

Cuba ikuti panduan ini, mudah-mudahan ia dapat menjalin dan mengekal keharmonian rumah tangga anda:

 

1.Bina komunikasi yang baik dengan pasangan anda. Perbincangan mengenai seks perlu dilakukan secara terbuka bagi mengelak perasaan malu atau tidak selesa apabila menghadapi masalah sedemikian.

 

2.Buat persediaan rapi sebelum melangkah ke kamar tidur untuk menjalin hubungan seksual. Lakukan perbuatan intim secara psikologi dan fizikal seperti menyentuh atau mengusap tangan secara lembut atau memuji kecantikan pasangan anda.

 

3.Gambarkan bahawa diri anda mempunyai tarikan seks kepada pasangan. Ini sama ada potongan badan atau bahagian yang mungkin mampu menarik minat pasangan untuk membangkitkan keghairahan.

 

4.Walaupun sesibuk mana anda, cuba khususkan waktu untuk berdua-duaan seperti keluar makan bersama tanpa anak-anak atau mandi bersama. Kesibukan tugas dan menganggap hubungan seksual kegiatan terakhir akan menyebabkan hubungan menjadi tidak harmonis.

 

5.Usah terlalu kerap melakukan hubungan seksual kerana ia boleh menyebabkan perasaan jemu.

 

Untuk mewujudkan variasi dalam perhubungan, ada beberapa perkara dapat dilakukan.

 

1.Anda dan pasangan perlu memainkan peranan yang aktif.

2.Lakukan hubungan seks dalam kedudukan yang berbeza selepas kedua-dua bersetuju.

3.Lakukan hubungan seks pada waktu malam dan tempat yang berbeza untuk mengelak perasaan jemu.

4.Jangan membawa perasaan marah ke kamar tidur kerana ia halangan dalam hubungan seksual.

 

http://senicinta.my/tips-seksual-suami-isteri/tips-kekalkan-kehangatan-rumahtangga/



__________________

Tips Suami Isteri --> http://senicinta.my/

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard