Semua kecederaan sukan yang dialami semasa bertanding atau latihan mestilah diuruskan dan diperiksa untuk menentukan sama ada mangsa itu dibenarkan meneruskan latihan atau beraksi atau dirujuk dengan segera kepada pakar perubatan.
Terdapat beberapa kaedah pengurusan menilai kecederaan sukan.
kaedah pertama ( TOTAPS )
Talk - bolehkah mangsa itu bercakap, bertanya kepdanya peringkat kesakitan dan tempat kecederaan
Observe - perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa terutamanya kecederaan yang dialami ke atas kepala mangsa.
Touch - rasakan tempat kecederaan, periksa sebarang bengkak atau deformiti anggota badan tersebut.
Active Movement - suruh mangsa gerakkan anggota badan yang cedera, sekiranya mangsa rasa sakit rujuk kepada pakar perubatan dengan segera.
Passive Movement - gerak perlahan bahagian yang tercedera untuk periksa tahap kecederaan. Regangkan otot dan benarkan mangsa kembali beraksi setelah pasti dengan sepenuhnya kecederaan tidak serius.
Stand - suruh mangsa itu berdiri, jalan, lari dan lompat untuk mempastikan tahap kecederaan. Benarkan mangsa sambung bermain bila tiada tanda kecederaan yang khusus.