Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: memahami aqidah - bahagian ke 2


PIBG

Status: Offline
Posts: 56
Date: Aug 10, 2008
memahami aqidah - bahagian ke 2
Permalink   


Fitrah Manusia Beriman Kepada Tuhan.

 

Kita perlu sedar, apabila Allah SWT menciptakan manusia, Allah yang maha berkuasa dan maha bijaksana itu membekalkan beberapa fitrah kepada manusia. Apakah fitrah itu? Antaranya ialah ibu cintakan anknya, tanpa perlu diajar; seseorang kasihkan ibunya, tanpa perlu diajar; seseorang cintakan ayahnya, tanpa perlu diajar.

 

Dan di antara yang Allah fitrahkan juga ialah ; seseorang insan beriman akan kewujudan Tuhan tanpa perlu diajar.

 

Inilah jawapan kenapa kita melihat majoriti masyarakat manusia di dunia ini mempunyai agama. Apa sahaja nama yang disebut, yang pentingnya mereka beragama Kristiankah, Yahudikah, Islamkah, Buddhakah, Hindukah, apa saja. Manusia beragama kerana manusia ingin memenuhi tuntutan fitrah mereka. Iaitu percaya akan kuwujudan Tuhan. Perasaan ingin percaya akan kewujudan Tuhan, dan perasaan ingin mengabdikan diri kepada Tuhan yang wujud, menjadikan manusia memilih agama-agama yang wujud.

 

Kepercayaan akan kewujudan Tuhan, keinginan untuk beribadat kepada Tuhan, tidak menjadikan seseorang itu dianggap sebagai mukmin, beriman sepertimana yang dituntut oleh Islam, sepertimana yang dibawa oleh Nabi kita Muhammad SAW.

 

Apakah yang membezakan di antara iman Abu Jahal yang percaya akan kewujudan Tuhan dan kekuasaannya, dengan iman Abu Bakar yang mengikut Nabi SAW? Apakah bezanya iman David yang percaya Tuhan   `God Is Creator Tuhan sebagai pencipta, dengan iman seorang muslim yang mempercayai Allah SWT sebagai Tuhan, yang juga berkuasa dan mencipta?

 

Perbezaannya terletak pada (Laa ilaaha illallah, Muhammad Rasulullah)

 

Perkataan Laa ilaaha illallah disuruh dan diperintahkan kepada setiap mereka yang ingin menganut Islam, supaya berikrar. Tidak ada ilah melainkan Allah, dan Muhammad adalah Rasulullah.    

 

Seseorang yang ingin menganut Islam tidak disuruh menyatakan : Katakanlah Tuhan itu Wujud, kerana ini adalah sesuatu yang dikongsi oleh semua orang. Seseorang yang ingin menganut Islam, kita tidak menyuruh dia menyatakan: Katakanlah Allah itu sebagai Tuhan.

 

Tetapi setiap para nabi datang menyeru manusia supaya berikrar dengan penafian: Laa ilaaha illallah - Tidak ada yang diabdikan diri melainkan Allah, dan Muhammad adalah Rasulullah. 

__________________
mamatjuge
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard