Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Salah faham terhadap aqidah (petikan kuliah mufti Perlis)


PIBG

Status: Offline
Posts: 56
Date: Jul 25, 2008
Salah faham terhadap aqidah (petikan kuliah mufti Perlis)
Permalink   


Salah faham terhadap aqidah.

Salah faham terhadap aqidah bermula daripada banyak perkara. Salah satunya ialah kesalahan mereka memahami apakah aqidah yang dituntut oleh islam. Ramai yang menyangka bahawa yang dikatakan aqidah yang dituntut islam itu ialah mempercayai bahawasanya Allah SWT sebagai tuhan.

Apabila dia percaya Allah Taala Tuhan, maka dia merasakan dia telah mempercayai aqidah Islam. Maka tidak peliklah jika kita biasa dengar ada orang mengatakan "saya beriman. Saya pun pwercaya Allah Taala wujud"

Sebenarnya jikalah aqidah Islam iti sekadar mempercayai wujudnya Tuhan, maka orang-orang kristian telah pun beriman; orang-orang Hindu telahpun beriman; orang-orang Budha telah pun beriman; kerana mereka juga percaya akan kewujudan Tuhan. Bahkan pada zaman kedatangan Nabi SAW, masyarakat quraisy adalah masyarakat yang percaya akan kewujudan Tuhan. Mereka percaya Allah SWt Tuhan yang berkuasa. Mereka tawaf di Kaabah. Mereka menyebut Labbai-kallah. Mereka tahu ia dibina oleh Nabi Ibrahim. Mereka pernah melihat peristiwa bagaimana Allah SWT memusnahkan tentera Abrahah yang datang untuk menyerang Kaabah.

Dan mereka memberi nama anak-anak mereka dengan nama Allah SWT, seperti Abdullah, bapa Nabi kita Muhammad SAW. Namanya Abdullah. Nama ini bukan diberi oleh Nabi, tetapi diberi oleh datuk Nabi. Tanda orang-orang Arab sebelum kedatangan Nabi bertulis Bismilla-humma (dengan nama Mu ya Allah).

Bahkan surat yang ditulis ketika mereka mengepung Nabi SAW, mereka tulis kepala surat itu ; Bismilla-humma (dengan nama Mu ya Allah). Al quran merakamkan hal ini - menceritakan tentang keimanan orang-orang Quraisy terhadap Allah, yang dalam masa yang sama mereka melakukan syirik kepadaNya.

Allah SWT menyatakan dalam surah al ankabut 29:61 yang bermaksud :
Jika ditanya mereka siapakah yang mencipta langit dan bumi, dan yang menundukkan bulan dan matahari , nescaya mereka akan mengatakan Allah.  

Yakni, orang-orang quraisy yang kuffar dan syirik kepada Allah tetap mengakui Allah SWT sebagai pencipta mereka. Ternyata dengan ini bahawasanya mengakui Allah SWT sebagai pencipta, penguasa dan pemberi rezeki, tidak membawa makna ataupun belum cukup untuk menjadikan seseorang itu beriman sepertimana yang dituntut oleh islam. Jikalah hanya dengan mengakui kewujudan Allah seseorang dianggap sudah beriman, maka kebanyakan maka kebanyakan manusia di atas muka bumi ini dianggap sebagai beriman. 
   


__________________
mamatjuge
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard