Hai kawan2... Hari ni saya ingin sangat memberi kawan kawan pantun nasihat.... jika kawan kawan termasuk dlm acara2 pantun ke.... kawan kawan bolehlah mengambil pantun nasihat saye ini.... atau kawan2 dikehendaki untuk membuat pantun oleh guru BM.. kawan2 boleh mengambilnya dari sini..... tak salah pun kalu kawan kawan mengambil sedikit sebanyak pun.....
Pantunnya ialah:
Panas mentari diwaktu pagi Bersinar harum menyuluh bumi; Setiap hari gosoklah gigi, Agar senyum nampak berseri.
Bersinar harum menyuluh bumi, Seri mencelah di tengah laman; Agar senyum nampak berseri, Rajin-rajinlah lakulah senaman. Seri mencelah di tengah laman, Indah dipandang setiap masa; Rajin-rajinlah lakukan senaman, Hidup senang cergas sentiasa. Indah dipandang setiap masa, Tidak karuan jelingan mata; Hidup senang cergas sentiasa, Jagalah kebersihan sekeliling kita. Tidak karuan jelingan mata, Madah berkait menyusun kata; Jagalah kebersihan sekeliling kita, Hindari penyakit musuh utama. Madah berkait menyusun kata, Sopan mulia pandangan diri; Hindari penyakit musuh utama, Hidup bahagia meniti hari. Sopan mulia pandangan diri, Manis menawan tiada berganti; Hidup bahagia meniti hari. Bersama kejayaan kita hajati. Itulah pantunnya.... kalau kawan kawan mahu lagi, kawan kawan hantarkanlah kepada saye.....