Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Mauridulrassul peringkat sekolah
Anonymous

Date: Apr 25, 2007
Mauridulrassul peringkat sekolah
Permalink   


Pada pukul 7.00 a.m saya bangun dengan suasana yang segar dan dingin. Selepas mandai, saya pun memakai baju rayaku yang sudah digosok oleh ibuku. Selepas itu, saya memakai kasut dan terus pergi ke sekolah untuk menyambut Maulidulrasul peringkat sekolah. Apabila bertemu dengan kawanku yang bernama Aiman, saya terus menunjuk bunga telurku yang suci itu. Selepas kami berbaris di perhimpunan, kami pun duduk didalam foyer. Selepas kami mendengar kata-kata ringkas dari guru besar, kami pun mendengar ceramah oleh Ustad Anwar. Selepas beliau berceramah, beliau memberi teka-teki yang lawak. Pada pukul 10.05, kami diberi arahan untuk kekelas kami oleh guru kelas kami. Saya dan rakan-rakan saya makan dengan gelojoh dan saya diberi arahan dengan kawan saya Khari untuk membuang sampah oleh guru kelas kami. Kami baling dengan sekuat-kuatnyadi tingkat bawah. Pada pukul 10.30 hingga 10.40, kami mendengar lagu nasyid oleh guru-guru lelaki dan mereka mengarahkan kami untuk menyanyi dengan sekuat-kuatnya. Pada pukul 10.41 hingga lah 12.10, kami mendengar selawat dari rumah Hijau, Kuning, Biru dan Merah. Pada pukul 12.11, kami diberi bunga telur oleh guru-guru yang dikasihi. Setakat ini sahaja saya menceritakan pengalaman di sepanjang hari di sekolah. Ok, kita berjumpa lagi rakan-rakan sekalian. Bai!!

Nama: Haziq Haiqal bin Mohd Norsham
Tahun:4 Amanah


__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard