Percutian yang best sekali ke Pulau Pemanggil. Kawan-kawan tahu tak dekat mana Pulau Pemanggil? Pulau Pemanggil ni terletak dalam Negeri Johor. 64 km ke tengah laut Cina Selatan. Ia juga dikenali sebagai 'Syurga Pemancing'.
Saya bertolak dari Bangi pada pukul 10 pm. dengan menaiki bas yang disewa khas. Sampai di Jeti Mersing pada pukul 3 am. Kerana air surut, feri yang sepatutnya kami naiki tak dapat masuk ke jeti. Jadi kami naik bot laju pergi ke tengah laut untuk naik ke feri.
Kami sampai ke Pulau pada pukul 8 am . Selepas sarapan kami pergi ke lagoon. Kat situ saya tengok banyak timun laut. Best dekat lagoon. Pasirnya putih dan halus.
Saya paling seronok memancing. First time dapat ikan. Seronok gila!
Selepas makan tengah hari, pergi snorkerling. First time saya snorkerling. Bestnyeeeee. Esoknya saya pergi Island Hopping. Saya ke Pulau Aur dan Dayang. Cantik sangat pulau-pulau itu. Kat situ saya snorkerling lagi. Cantiknya coral dekat sana. Ikan berwarna-warni,ada tapak sulaiman, sungguh cantik.
Di Pulau Pemanggil ini tak ada aktiviti malam yang boleh dibuat. Jadi lepas saja makan malam, kami pun berkaroke. Malam terakhir ada BBQ di tepi laut. Banyak betul saya makan. Sedapppp.
Dah tiga hari kat sana. Rasa macam tak mau balik. Best sangat duduk dekat Pulau. Balik naik bot laju sebab feri rosak. Sampai ke Bangi dah tengah malam. Itulah salah satu percutian saya. Hujung minggu ini saya ke Port Dickson pulak. Bulan enam insyaAllah saya akan ke Sarawak. Kawan-kawan ke mana hujung minggu ini.