Hai kawan-kawan jumpa lagi. Haziq nak tulis cerita tentang kakak kesayangan Haziq. Sebenarnya semalam hari jadi dia yang ke-15. Sorry kak Haziq tak wish. Tapi Haziq wish sekarang. Happy birthday akak. Mama dengan Abah dah booked hotel dekat Port Dickson sempena birthday akak. Nanti kita buat BBQ.
Kakak Haziq ni bernama Nur Ain Alia. Sekarang ni dia tinggal di Melaka. Dia bersekolah di sana, di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah. (MOZAC) Dia anak yang ke dua dari tiga adik beradik. Kakak Haziq ni pandai tau. Dulu masa UPSR, dia dapat 5A. Itu sebab dia dapat masuk asrama penuh.
Haziq seronok sangat kalau masa cuti sekolah. Sebab masa tu kakak ada di rumah. Selalunya kami suka bergaduh. Kadang-kadang Haziq buli dia. Selalunya dia yang buli Haziq. Anyway Haziq sayang kakak.
Tak sabar nak tunggu Jumaat ni kakak balik. Hari Ahad kita akan bertolak ke Port Dickson. So kawan-kawan, sampai sini sahaja Haziq punya catatan. Jumpa lagi lain kali.