Pada pukul 6.30 pagi, saya bangun dan menggosok gigi tanpa mandi disebabkan saya tidur di ofis ayah saya. Selepas saya pakai pakaian yang sudah disediakan, kami pergi ke sekolah pada pukul 7.00 pagi. Saya tiba di sana pada pukul 7.25. Nasiblah saya tak kena denda. Kalau kena denda,saya kena kutip sampah. Hei' Ahai Yai Yai!! Pada pukul 10.00 pagi, saya berehat awal. Abang saya membeli nasi lemak dan ayam goreng. Harganya hanya RM2.00. Kalau nak rasa, kemarilah ke sekolah saya. Pada pukul 10.15, saya ke perpustakaan atau dikenali sebagai pusat pembacaan sumber. Saya memulangkan dua buah buku dan meminjam 2 buah buku. Saya berada di sana kira-kira 20 minit. Nasib lagilah saya tak kena denda. Itulah cerita saya pada hari ini. Ok bai!! Oh ya, kalau nak tengok lagi cerita digimon ataupun nak tengok cerita doraemon versi jepun sub inggeris, klik play ok. Bai!!!!