Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT


WEBMASTER

Status: Offline
Posts: 757
Date: Apr 18, 2007
KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT
Permalink   


KEBESARAN SOLAT 2  RAKAAT

 Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik,  dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu  antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah  itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan  berkata:

  "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang  lebih baik daripada aku?."

  Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud..  "Tidak"

 Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana  syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000  tahun.

  Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman  yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah  yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah  kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan  datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya  Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,  sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar  sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran  mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka  demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku  lebih sukai dari solatmu itu.

Kerana mereka mengerjakan solat atas  perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas  perintahKu."

  Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang  Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

  Lalu  Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa  sebagai tempat tinggal..."

  Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah  untuk melihat syura Ma'waa.

  Setelah Jibrail as mendapat izin dari  Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan  terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak  perjalanan 3000 tahun, terbangla  malaikat jibrail as selama 300  tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT  lalu ia berkata dalam sujud:

  "Ya Tuhanku apakah sudah aku  menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau  seperempatnya? "

  Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai  Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku  memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu  kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai  kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan  kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka  kerjakan.... ."

  Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha  lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara  iaitu :

  * Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam  taat.
  * Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam  maksiat.
  * Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di  dalam Al-Quran.
  * Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam  bulan Ramadhan.
  * Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di  dalam solat (yang lima waktu).
  * Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh  terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

  Semoga kita  mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

  Kalau rajin...  Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain  agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang  yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal  d



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard