Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: BUDAYA PROM


PIBG

Status: Offline
Posts: 56
Date: Jul 26, 2008
RE: BUDAYA PROM
Permalink   


jangan hampiri zina

__________________
mamatjuge


WEBMASTER

Status: Offline
Posts: 757
Date: Apr 17, 2007
Permalink   

BUDAYA PROM

disko1.jpg

Kian ramai para remaja kini didedahkan dengan majlis ini terutamanya di sekolah-sekolah yang terletak di kawasan metropolitan di Malaysia. Prom adalah satu gejala yang sudah menular di kalangan masyarakat remaja kita sekarang.

Prom adalah satu majlis keramaian yang dikhaskan untuk para remaja yang baru menamatkan pengajian di sekolah menengah. Majlis ini secara tradisinya telah bermula pada sekitar tahun 1800an di Amerika Syarikat dan ia bertujuan untuk mendedahkan remaja dengan kehidupan yang lebih teratur dan beretika dalam pergaulan.

Perkataan Prom adalah berasal dari perkataan promenade yang bermaksud majlis tarian yang formal di mana para jemputan memperagakan fesyen pakaian dan gaya tarian masing-masing. Pada mulanya Prom ini hanya diadakan di dewan-dewan sekolah tetapi ianya telah berpindah ke hotel-hotel.

Apabila tarikh Prom diumumkan di sekolah-sekolah setiap pelajar lelaki akan melamar pelajar perempuan untuk bersama-sama ke majlis tersebut. Adalah sesuatu yang amat menghinakan jika seseorang pelajar lelaki atau seseorang pelajar perempuan itu hadir tanpa pasangan. Akan tetapi, trend remaja Amerika kini sudah berubah dengan pelajar perempuan menjadi semakin agresif dengan beraninya melamar pelajar lelaki pilihan mereka ke majlis tersebut.


Prom yang asalnya menjadi pentas yang lebih sopan kini telah menjadi medan untuk menunjuk-nunjukkan kemewahan apabila rakyat Amerika menjadi lebih mewah. Prom sudah menjadi seolah-olah malam anugerah bintang dengan mereka yang berkemampuan akan muncul dengan menaiki limosin yang menjalar-jalar.

Majlis Prom ini dimulakan dengan muzik yang konservertif di kala para hadirin menikmati makan malam dan menjadi semakin rancak selepas itu.

Kesemua mereka akan menari berpasang-pasangan sehingga di akhir majlis puteri dan putera Prom akan dipilih.

Muzik liar diselangi dengan muzik romantik akan terus dimainkan dan setelah majlis tersebut tamat kebanyakan pasangan itu terus dengan agenda tersendiri mereka sehingga ke pagi di bilik-bilik hotel dan lain-lain tempat yang berasingan.


Wajarkah nilai sebegini dibiarkan subur dalam dunia remaja kita di Malaysia? Sudah tentu nilai yang ditonjolkan dalam majlis-majlis Prom itu tidak selari dengan nilai masyarakat kita.

Berapa banyak lagi budaya liar yang hendak kita semai dalam masyarakat kita sehingga kita tidak lagi mempunyai identiti yang sebenar?

Mungkin Prom di Malaysia belum lagi sampai ke tahap itu tetapi jika budaya ini dipupuk sudah pasti ia akan menjadi tidak ubah seperti apa yang terjadi di masyarakat barat sekarang atau lebih buruk lagi.

Kita telah meniru budaya ragging sehingga ianya tidak terkawal dan mengakibatkan kehilangan nyawa remaja kita. Ragging yang bertujuan untuk berkenal-kenalan telah menjadi budaya pengabdian dan seterusnya menjadi budaya buli sehingga Kementerian Pelajaran terpaksa menganjurkan kempen-kempen khas untuk membanteras gejala ini.

Sama-sama kita berharap agar Prom ini tidak diberikan ruang dan peluang untuk menjahanamkan lagi remaja-remaja kita.

Bro Rick Says....
Bagi saya..jika bagaimana sekali pun, percampuran antara mana kawan2 atau sahabat, yg paling penting pada diri sendiri, kalau kita tahu memikir dan memilih kawan2 atau sahabat...anda pasti akan selamat...


__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard