Bila kita sebut Yahoo! je secara automatik menggambarkan suasana kegembiraan. Tetapi secara automatik juga kita pasti turut teringat mengenai portal terbaik dunia, Yahoo! .. betul tak? hehe. Website yang paling cikgu kagum kat dunia ni adalah www.yahoo.com . Sure ramai antara korang pon kagum kan . Kalau tak kagum tu sah la memang tak mengenang budi. hehe .. Ramai di antara kita menggunakan email diorang, kemudahan dan termasuklah Yahoo Messenger yang kita sebut YM YM tu .. hurmmm .. Tahukah y'all siapakah founder ataupon pengasas Yahoo ni. Yahoo di asaskan oleh dua orang pelajar Master PhD dari Universiti Stanford iaitu Jerry Yang dan David Filo. Selain Mawi dan Bill gates, diorang ni juga adalah idola cikgu sejak dulu lagi. Diorang ni adalah bilionaires skang ni dengan jumlah harta anggaran sebanyak $2.2 Billion. Mak datok, kalau cikgu dapat ni, tido duit, mandi duit, makan duit, ehem ehem duit. Kira semua duit je la.. hehe.. pada mulanye,
Pada mulanya, diorang ni just buat portal dari asrama diorang je. Itupun sebagai hobi. Mereka menjadikan portal tuh sebagai direktori menghubungkan laman-laman web kegemaran diorang. Seterusnya, Jerry dan David membuat plak ketegori pada direktori tersebut bagi memudahkan mereka mencari sesuatu maklumat ke atas topik yang berkaitan. Hobi diorang ni lama kelamaan makin menarik minat perlbagai pihak. Dari situ diorang sedar, yang portal Yahoo ni memang berpotensi untuk buat bisness.Bagi merealisikan impian diorang ni, mereka pun menubuhkan syarikat berasaskan portal yang diberi nama Yahoo. Syarikat tersebut ditubuhkan pada awal Mac 1995 dan portal seperti Google dan MSN tu mana ade lagi beb.. haha .. Bagi mengukuhkan modal kewangan, mereka telah bekerjasama dengan banyak syarikat kewangan modal teroka seperti Sequoia Capital yang ketika itu turut melabur dalam syarikat besar seperti Apple Inc dan Cisco Systems.Pada mulanye, pekerja diorang ni tak ramai pon. tak sampai pon 50 jebon orang. Tapi sekarang yahoo dah mempunyai jumlah pekerja seramai 7600 orang meliputi keseluruhan dunia ni. harap ada la seorang rakyat Malaysia termasuk dalam 7600 orang tu.. hehe. Yahoo juga dikatakan antara portal paling selamat dan masih kukuh sehingga hari ni walaupon selepas gelombang keruntuhan dotcom pada penghujung tahun 90-an. Khai baru nak masuk darjah 6 masa tu. hahaha.Yahoo terus berevolusi sehingga kini walaupon terdapat saingan dari portal portal terkenal lain seperti Google, scukz, MSN dan AOL. Jerry yang pernah berkata yang yahoo akan memastikan setiap produk yang dibangunkan mereka akan memuaskan hati pelanggan. Bagi melebarkan sayap diorang ni, Yahoo dah pon membeli 22 buah syarikat terkemuka seperti Overture, Inktomi, Kelkoo dan GeoCitires.Kebanyakkan benda yang kita guna kat yahoo macam Yahoo Messenger dan Yahoo!Mail tu kebanyakkan free kan? adakah y'all tahu dari mana keuntungan diorang ni? 85% dari keuntungan Yahoo adalah dari pengiklanan. Pengiklanan berasaskan carian dan jenama seperti banner merpakan pengiklanan yang sangat popular di internet. korang pon boleh nampak melambak banner iklan kat website website . hehehe.So cikgu harap dari apa yang khai tulis ni, korang yang tak tahu dan tak nak amik tahu tu, dapat la tahu skit sebanyak mengenai yahoo ni. Semoga yahoo terus menjana generasi muda seluruh dunia. Kesimpulannya untuk adik adik yang baru nak kenal ape itu internet tu, jadikan lah abg David Filo dan Jerry Yang ni sebagai idola y'all. Dari pada y'all jadikan si Mawi botak tu idola, lebih bagus jika jadikan mereka mereka yang berjaya dalam bidang yang boleh di salute ni sebagai idola!! ade ke sapa sapa salute mawi? cheh!! (fanatik mawi jgn marah yer.. hehe)