Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Komponen-komponen kecergasan


PIBG

Status: Offline
Posts: 56
Date: Jul 26, 2008
Komponen-komponen kecergasan
  


Komponen-komponen kecergasan.

Terdapat lima komponen dalam kecergasan :
1. sosial
2. mental
3. fizikal
4. emosi
5. rohani.

Kecergasan sosial
Seseorang itu dapat bergaul dengan masyarakat dan memberikan sumbangan yang positif kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Komponen ini dapat mengeratkan masyarakat, mewujudkan perpaduan yang membawa keamanan dan kesejahteraan negara.

Kecergasan mental
Keupayaan berfikir dan bertindak dengan rasional dan berhikmah. Seseorang yang mempunyai kecergasan mental yang baik akan dapat menyumbangkan tenaga dan fikiran kearah kebajikan masyarakat dan negara.

Kecergasan fizikal
Terbahagi kepada dua aspek iaitu, berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.

Aspek fizikal berasaskan kesihatan diri terdiri daripada :
a) daya tahan kerdiovaskular
b) kekuatan otot
c) daya tahan otot
d) regangan dan fleksibiliti
e) komposisi tubuh badan

Aspek kecergasan fizikal pula berasaskan perlakuan motor terdiri daripada :
a) kelajuan/kepantasan
b) imbangan
c) ketangkasan
d) kuasa
e) masa tindak balas
f) koordinasi

Kecergasan emosi
keperluan pembinaan asas kecergasan fizikal, sosial dan mental merupakan pengawalan emosi. Seseorang yang mempunyai kecergasan emosi yang stabil akan dapat mengawal diri dengan baik dan tidak bertindak mengikut perasaan.

Kecergasan rohani
Merupakan keupyaan dalaman seperti beriman, sabar, ikhlas, rendah diri dan lain-lain. Komponen ini dapat melahirkan individu yang mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi, berperibadi mulia, berdisplin tinggi dan disegani. 
 

__________________
mamatjuge
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard