Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kesan - Kesan Merokok


WEBMASTER

Status: Offline
Posts: 757
Date: Aug 24, 2007
Kesan - Kesan Merokok
Permalink   


 
CERAMAH
KESAN-KESAN MEROKOK TERHADAP KESIHATAN DAN CARA-CARA MENGATASINYA

 

          Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,Tuan Pengetua, barisan pentadbir sekolah,guru-guru,rakan-rakan,serta hadirin yang dihormati sekalian.Saya amat berterima kasih kepada pihak sekolah kerana telah mengundang saya untuk menyampaikan ceramah yang bertajukKesan-kesan merokok terhadap kesihatan dan cara cara mengatasinya.

 

 Hadirin yang dihormati,

         Kita sering terdengar ungkapan merokok dapat membahayakan kesihatan. Merokok akan mendedahkan perokok kepada penyakit pelbagai bahaya.Antara penyakit yang diakibatkan oleh merokok ialah barah paru paru dan penyakit jantung.Penyakit ini akan membawa maut kepada perokok kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok memberikan kesan negatif kepada jantung,saluran pernafasan,dan tekanan darah.Malahan perokok juga terdedah kepada gejala negatif lain seperti mulut berbau dan batuk yang berterusan. Kesan merokok turut dirasai oleh individu yang berada berdekatan dengan perokok terutamanya kaum keluarga, rakan dan masyarakat.Sebenarnya,seseorang yang menghidu asap rokok tanpa menghisap rokok lebih berisiko tinggi menghidap penyakit yang disebabkan oleh asap rokok.

 

          Amalan merokok juga secara tidak langsung akan menggugat ekonomi perokok itu sendiri.Banyak wang yang terpaksa dibelanjakan untuk membeli rokok.Perokok mungkin terpengaruh oleh iklan yang disiarkan di media massa yang menunjukkan keunggulan dan gaya eksklusif seseorang yang merokok.Sebagai contoh,sekiranya seorang individu membelanjakan RM5.00 sehari bagi sekotak rokok maka dalam sebulan dia akan membelanjakan sejumlah RM150 dan RM1800 setahun. Bagaimanaka pula jika ketagihan ini berterusan sehingga puluhan tahun? Perokok sebenarnya telah membazirkan wangnya ke  jalan yang tidak berfaedah.

 

Hadirin sekalian,

         Seseorang yang menghadapi ketagihan merokok agak sukar untuk menghilangkan ketagihan merokok dan mungkin mengambil masa yang agak panjang.Namun begitu, terdapat pelbagai cara untuk seseorang itu berhenti merokok.Bak kata pepatahAlah bisa tegal biasa.Sebenarnya,keazaman yang timbul dalam diri perokok merupakan ubat paling mujarab bagi menghilangkan tabiat merokok.Keazaman untuk berhenti merokok bagi memastikan kesihatan diri dan insan yang tersayang perlu dijadikan motivasi supaya dapat menghalang tabiat merokok daripada terus menghantui mereka.

 

         Di samping itu,undang-undang larangan merokok perlu dikuatkuasakan .Larangan merokok di tempat tempat awan perlu dilaksanakan dengan lebih efektif lagi.Kerajaan perlulah mengambil langkah drastikdengan mengharamkam rokok terhadap remaja yang berumur bawah 18 tahun. Iklan iklan rokok yang disiarkan di media massa dalam apa bentuk sekalipun hendaklah diharamkan.Hal ini demikian kerana iklan rokok di media massa banyak meracuni fikiran remaja untuk merokok bagi menonjolkan kedewasaan dan keunggulan gaya mereka.Kempen kempen anti merokok seperti Kempen Tak Nak Merokok dan Minggu Tanpa Tembakau haruslah dilaksanakan dengan lebih bersungguh-sungguh.Kempen ini hendaklah dilaksanakan di semua sekolah,jabatan kerajaan,dan syarikat swasta.Iklan iklan tentang bahaya rokok haruslah digembar-gemburkan di media massa dari semasa ke semasa.

 

Hadirin yang dikasihi,

         Akhir kata sebelum saya mengundur diri,saya ingin menyeru kepada rakyat Malaysia supaya mengamalkan gaya hidup sihat.Marilah kita bersama-sama mengahapuskan amalan merokok.Hal ini bukan sahaja dapat menjamin kesihatan diri,malahan dapat melahirkan insan yang sihat sekaligus dapat memimpin Negara pada masa akan datang.Sekian sahaja dari saya.Saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata dan terlanjur bicara.

 

Sekian, terima kasih.

 

SHAHMIE AIMAN BIN SABARUDIN



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard